Education on Air Malaysia

Mari turut serta ke Persidangan Pendidikan Google dalam talian yang pertama di Malaysia pada 1 November 2015 ini. Terokai lebih daripada 50 sesi perbincangan yang direka khas untuk pendidik, daripada pendidik. Sila daftar bagi mendapatkan perkembangan, informasi dan bahan-bahan berkaitan ‘Education on Air – Malaysia’. Layari https://educationonair.withgoogle.com/ untuk maklumat lanjut.

Education on Air Malaysia

Advertisements

Menguruskan aktiviti di sekolah menggunakan Google Calendar

Situasi yang rencam dengan pelbagai aktiviti di sekolah menuntut kepada pengurusan masa dan aktiviti yang baik oleh guru-guru. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang sukar juga bagi kita untuk mengingati pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan seperti mesyuarat, kursus, latihan rumah sukan, aktiviti kokurikulum, perjumpaan bersama ibu bapa dan banyak lagi.

Dalam catatan saya yang ringkas ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan guru cara yang boleh kita lakukan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih terancang dan sistematik menggunakan Google Calendar. Dalam tutorial ini juga, saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh mengintegrasikan penggunaan Google Calendar bersama Frog VLE.

Continue reading

Menyimpan fail menggunakan Google Drive

2015-03-17 01_51_28-My Drive - Google Drive

Tugas seharian kita mungkin menjadi sukar apabila kita dapati ruang storan yang terdapat dalam ‘pendrive’ atau alat storan dokumen kita telah penuh. Dalam situasi yang lain, terdapat juga kemungkinan alat storan dokumen tersebut dijangkiti virus yang menyebabkan fail di dalam alat storan tersebut tidak dapat diakses. Situasi seperti ini dapat diatasi dengan

Continue reading