pelan pembangunan pendidikan 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah dilancarkan memberi tumpuan kepada usaha melahirkan pelajar yang mempunyai enam kualiti utama bagi menghadapi cabaran masa depan.

Antaranya adalah berpengetahuan, kemahiran berfikir, berkepimpinan, kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa, beretika dan memberi penekanan terhadap identiti Kebangsaan.

Laporan awal PPP 2013-2025 telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelanPembangunanPendidikanlahirkanpelajarberkualiti/Article/

Muat turun