Google_Calendar_Logo

Menguruskan aktiviti di sekolah menggunakan Google Calendar

Situasi yang rencam dengan pelbagai aktiviti di sekolah menuntut kepada pengurusan masa dan aktiviti yang baik oleh guru-guru. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang sukar juga bagi kita untuk mengingati pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan seperti mesyuarat, kursus, latihan rumah sukan, aktiviti kokurikulum, perjumpaan bersama ibu bapa dan banyak lagi.

Dalam catatan saya yang ringkas ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan guru cara yang boleh kita lakukan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih terancang dan sistematik menggunakan Google Calendar. Dalam tutorial ini juga, saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh mengintegrasikan penggunaan Google Calendar bersama Frog VLE.

Mengapa Google Calendar?

Google calendar merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh pihak Google. Aplikasi ini juga boleh digunakan bersama telefon pintar yang dapat memudahkan lagi capaian dan akses kita kepada aplikasi ini. Selain itu, kita juga boleh berkongsi serta memaklumkan aktiviti yang telah dirancang kepada rakan sejawat dan murid-murid kita.

Apa yang lebih menarik ialah guru-guru boleh mengintegrasikan penggunaan Google Calendar ini bersama pelantar persekitaran pembelajaran maya Frog VLE. Apa yang perlu kita ada ialah akaun Google atau Frog VLE Yes ID.

Mari kita cuba.

  • Log masuk terlebih dahulu ke Frog VLE sekolah kita dan masukkan Yes ID serta kata laluan yang betul.

Frog VLE Login Page

  • Setelah log masuk, pergi ke bahagian Quick Launch dan klik ikon Google Drive.

Frog OS-Google Drive

  • Setelah log masuk ke Google Drive, klik  pada bahagian Google Apps dan klik pada ikon Google Calendar.

Google_Calendar_Logo

  • Sebelum mencatat perancangan aktiviti, kita boleh memilih jenis paparan yang bersesuaian dengan kehendak kita. Untuk panduan dalam catatan saya ini, saya menggunakan paparan Month.

Google Calendar - View options

  • Sekarang, klik pada kotak yang memaparkan tarikh yang berkaitan dengan aktiviti kita dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Calendar view-month

  • Klik butang Create event untuk menyimpan aktiviti yang telah dirancang.

Create event

  • Sekiranya kita ingin masukkan maklumat yang lebih lengkap berkaitan aktiviti tersebut, kita perlu klik pada butang Edit event. Contoh seperti bawah:

Google Calendar-Education on Air

  • Kita boleh masukkan maklumat tambahan seperti lokasi, keterangan dan juga bahan atau lampiran yang berkaitan.

Google Calendar - Event Details

  • Untuk berkongsi aktiviti yang telah kita rancang dengan pihak lain, masukkan email individu atau kumpulan tersebut pada bahagian Add guests dan seterusnya klik butang Add. Walau bagaimanapun, memandangkan kita menggunakan Frog VLE, kita boleh berkongsi kalendar ini dengan memasukkan Yes ID murid dan rakan-rakan guru di sekolah.

Google Calendar - Add guest

  • Sekiranya kita ingin mengadakan mesyuarat atau perjumpaan secara dalam talian menggunakan Google Hangout, kita perlu klik pada bahagian Add video call.
  • Dengan cara ini, individu yang telah dimasukkan pada bahagian Add guests akan mendapat akses untuk berinteraksi bersama kita serta tetamu yang lain bagi aktiviti tersebut.

Selamat mencuba.