Menyimpan fail menggunakan Google Drive

2015-03-17 01_51_28-My Drive - Google Drive

Tugas seharian kita mungkin menjadi sukar apabila kita dapati ruang storan yang terdapat dalam ‘pendrive’ atau alat storan dokumen kita telah penuh. Dalam situasi yang lain, terdapat juga kemungkinan alat storan dokumen tersebut dijangkiti virus yang menyebabkan fail di dalam alat storan tersebut tidak dapat diakses. Situasi seperti ini dapat diatasi dengan

menggunakan aplikasi storan awan (cloud application) seperti Google Drive.

Google Drive merupakan suatu aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Google yang berfungsi untuk menyimpan fail dan dokumen dalam storan awan (Cloud Storage). Storan awan ini dapat diakses menggunakan capaian internet serta memberikan kemudahan kepada kita untuk menyimpan dan berkongsi dokumen secara percuma yang bersaiz sehingga 15GB.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyimpan fail dan dokumen menggunakan Google Drive:

  1. Masukkan Email (Gmail) dan kata laluan (password). Kemudian klik butang ‘Sign in’.

2015-03-17 01_24_18-Sign in - Google Accounts

2. Klik ikon ‘Drive’ untuk mengakses aplikasi Google Drive.

2015-03-17 01_29_21-Google

3. Klik butang ‘NEW’.

 2015-03-17 01_33_08-My Drive - Google Drive

4. Sekarang, klik pada ‘File upload’ sekiranya ingin menyimpan satu jenis fail sahaja atau ‘Folder upload’ untuk menyimpan dokumen dalam bentuk folder.

 2015-03-17 01_37_46-My Drive - Google Drive

5. Setelah dokumen atau fail tersebut dimuat naik, paparan seperti di bawah akan kelihatan dan memaparkan ikon berdasarkan format fail yang dimuat naik.

2015-03-17 01_42_24-My Drive - Google Drive

6. Klik pada tajuk atau nama fail tersebut untuk melihat kandungan atau memuat turun fail tersebut ke dalam komputer. Kita boleh menggunakan fungsi yang disediakan seperti di bawah untuk mencetak, berkongsi atau memuat turun fail tersebut.

2015-03-17 01_48_47-My Drive - Google Drive

SELAMAT MENCUBA …